Sunday, February 26, 2017

PUNCA KULIT WAJAH BERMINYAK

Kulit muka berminyak adalah sesuatu yang sering terjadi atau pernah dialami oleh semua individu tanpa melihat pada jenis kulit terutamanya ketika cuaca panas atau jika seharian melakukkan aktiviti luar.Sebenarnya kulit berminyak berlaku daripada hasil pengeluaran sebum berlebihan iaitu bahan berminyak yang dikeluarkan secara semulajadi dari kulit muka kita.

Pada asasnya membuang atau membersihkan minyak pada kulit muka boleh dilakukan dengan pelbagai cara.Kulit berminyak menyebabkan kita kurang selesa,seterusnya menggangu aktiviti harian, menjejaskan prestasi kerja dan membuatkan rasa kurang keyakinan diri.
 
Kulit berminyak juga menyebabkan kulit wajah kelihatan kusam dan tidak bermaya,lebih-lebih lagi bila jerawat dan kesan parut kelihatan.Punca jerawat tumbuh dan liang-liang roma tertutup berlaku apabila pengumpulan sel-sel mati akan  meninggalkan kesan parut dan merosakkan kulit wajah.

Tahukah anda apa sebab dan punca kulit muka berminyak sepanjang masa?


1.Makanan Berminyak

Punca utama kulit muka berminyak ialah disebabkan makan makanan yang bergoreng dan berlemak secara berlebihan.Makanan berminyak ini juga sebenarnya secara tidak langsung menyebabkan kulit mudah berjerawat!


2.Hormon

Ketidakseimbangan hormon didalam tubuh kita juga antara penyebab muka berminyak.Stress,pengambilan pil perancang,pain killer juga antara penyumbang kepada masalah ini.Biasanya golongan remaja adalah golongan yang sering mengalami masalah hormon yang tidak menentu.


3.Kerap Membersihkan Wajah

Terkejutkan!Membersihkan wajah dengan kerap juga punca kulit muka berminyak kerana ketika membersihkan wajah kelenjar minyak akan mengeluarkan minyak untuk melindungi lapisan kulit yang menjadi kering saat mencuci muka.Seeloknya hanya perlu cuci muka 2-3 kali sehari.


4.Produk Kecantikan

Sentiasalah lihat kandungan yang ada pada setiap produk kecantikkan yang digunakan.Anda pasti tidak sedar ada sesetengah produk kecantikkan membuatkan kulit wajah semakin berminyak/Hindari produk kecantikan yang tidak sesuai dan pastikan kulit dapat bernafas secara efektif dan hanya memilih produk yang bebas minyak dan terasa ringan dikulit.


5.Jarang Membasuh Rambut (Bersyampoo)

Sekiranya anda tidak bersyampoo dalam tempoh beberapa lama,kulit kepala akan berminyak dan akan menghasilkan sebum.Oleh itu,hasil pengeluaran dari sebum itulah yang akan membuatkan muka kita lebih berminyak.


Sebenarnya ada banyak petua dan amalan yang boleh kita lakukan untuk membantu mengurangkan lebihan minyak diwajah.Antara amalan lama adalah menggunakan Bedak Sejuk.

Amalan penggunaan bedak sejuk terutamanya jika mengamalkan Bedak Sejuk Puspawangi Serbuk Mutiara yang mana kandungan dari bahan premium seperti Serbuk Mutiara dan Serbuk Arang yang ada didalamnya  mampu membantu menarik dan mengurangkan pengeluaran minyak diwajah.

Penggunaan secara kerap dan teratur bukan sahaja mengurangi wajah berminyak tetapi menjadikan kulit bersih mulus,glowing dan awet muda kesan dari serbuk mutiara dan serbuk arang yang ada didalam Bedak Sejuk Puspawangi Serbuk Mutiara.


Jom Berbedak Puspawangi! Cara old skool dan Jimat untuk miliki kulit cantik dan tidak berminyak. 

Boleh hubungi atau watsapp 0192858724 untuk pertanyaan dan pembelian BEDAK SEJUK PUSPAWANGI.
















No comments:

Post a Comment