Monday, September 11, 2017

43 Tahun Yang Hebat. Sembunyikan Usiamu..


Ya ke dah 43 tahun?

Macam tak percaya je?

Rahsia apa nampak muda je?


Soalan yang biasa orang tanya Kak Megg.Terasa bangga? Ada la juga..nanti jawab tidak membohong la namanya kan..heehheee


Sebenarnya ramai yang bertanya rahsia bampak awet muda ni..Entahla nak cakap macam mana sebab sebenarnya TIADA RAHSIA pun, mungkin amalan dan displin menjaga kecantikkan sedari remaja dan lepas berpantang itu jawapanya.


Sebenarnya semua wanita Cantik.Ciptaan terindah Allah. Cuma kita sendiri yang menentukkan bagaimana nak menjaga amanah kecantikkan dan keunikkan yang kita miliki.Nak nampak muda selalu atau tua sebelum usia? 


Alhamdullilah, Kak Megg syukur sangat, dapat kekalkan wajah nampak muda ( perasaan lagi..oops)! Tapi semuanya bukan mudah dan sekelip mata tau! Kena berusaha dan rajin tu kuncinya.Kak Megg juga bertuah dapat amalkan petua-petua lama Nek Puteh yang mana Kak Megg memang membesar dengan Arwah Nek Puteh.Jadi banyaklah Kak Megg skodeng cara-cara Nek Puteh jaga penampilan dan amalan-amalan untuk sentiasa nampak cantik dan muda.Memang benar, Nek Puteh wajahnya mulus, bersih dan kurang berkedut walaupun usia meningkat, rambut pun kurang naik uban! Itu yang buat Kak Megg kagum sesangat.


So Kak Megg memang pasang niat nak kekal cantik seperti Nek Puteh..Rugi tau kalau mensia-siakan ilmu dan petua dari Nek Puteh.Berbedak sejuk antara rahsia untuk jaga kulit muka sentiasa mulus,kurang kedut dan nampak muda selalu.Nasib sekarang Kak Megg ada produk Bedak Sejuk Puspawangi yang di perhebatkan dengan Serbuk Mutiara dan Koalin Clay. Amalan lama yang menjadi rutin penjagaan yang tak pernah ditinggalkan sejak remaja.Memang berbaloi dan terbukti.


8hb September ini, genaplah usia Kak Megg yang ke 43..Errrmmm.. Angka yang menakutkan bagi wanita bila memasuki usia 40an! Maybe dulu memang Kak Megg tak mahu bagitahu umur kerana macam satu "dosa" sebab tak mahu nampak kelihatan tua tapi sekarang tidak lagi..Bila ada yang bertanya laju je menjawap dengan bangga dan yakin..


Di usia 43 tahun ini pelbagai pengalaman kehidupan yang Kak Megg tempuhi dan hadapi.Kehidupan yang memberi kenangan suka duka, pahit manis dan turun naik semuanya dah dialami.Terlalu banyak nak dikongsikan. Miliki 4 orang cahaya mata dan keluarga yang banyak memberi sokongan dalam apa jua yang dilakukan cukup membahagiakan Kak Megg.



Terima Kasih Allah untuk 43 tahun yang diberikan.


Terima Kasih suami dan anak-anak kerana sentiasa disamping.


Terima Kasih Bonda yang bertarung nyawa melahirkan anakmu ini sehingga membesar dengan penuh kebanggaan.


Terima Kasih Arwah Bapak yang memberi segala kasih sayang dan nasihat sehingga nafas mu yang terakhir.


Yang pasti, hidup harus melangkah selagi mampu dan " bila saatnya" dipanggil, InshaAllah diri sendiri yang tahu "bekalan" yang dibawa bersama.


Syukur atas nikmat dan keberkatan yang diberikan dan usia yang dipinjamkan Ya Allah.


#43FabYears
#RatuPuspawangi
#BedakSejukSerbukMutiara