Monday, September 11, 2017

43 Tahun Yang Hebat. Sembunyikan Usiamu..


Ya ke dah 43 tahun?

Macam tak percaya je?

Rahsia apa nampak muda je?


Soalan yang biasa orang tanya Kak Megg.Terasa bangga? Ada la juga..nanti jawab tidak membohong la namanya kan..heehheee


Sebenarnya ramai yang bertanya rahsia bampak awet muda ni..Entahla nak cakap macam mana sebab sebenarnya TIADA RAHSIA pun, mungkin amalan dan displin menjaga kecantikkan sedari remaja dan lepas berpantang itu jawapanya.


Sebenarnya semua wanita Cantik.Ciptaan terindah Allah. Cuma kita sendiri yang menentukkan bagaimana nak menjaga amanah kecantikkan dan keunikkan yang kita miliki.Nak nampak muda selalu atau tua sebelum usia? 


Alhamdullilah, Kak Megg syukur sangat, dapat kekalkan wajah nampak muda ( perasaan lagi..oops)! Tapi semuanya bukan mudah dan sekelip mata tau! Kena berusaha dan rajin tu kuncinya.Kak Megg juga bertuah dapat amalkan petua-petua lama Nek Puteh yang mana Kak Megg memang membesar dengan Arwah Nek Puteh.Jadi banyaklah Kak Megg skodeng cara-cara Nek Puteh jaga penampilan dan amalan-amalan untuk sentiasa nampak cantik dan muda.Memang benar, Nek Puteh wajahnya mulus, bersih dan kurang berkedut walaupun usia meningkat, rambut pun kurang naik uban! Itu yang buat Kak Megg kagum sesangat.


So Kak Megg memang pasang niat nak kekal cantik seperti Nek Puteh..Rugi tau kalau mensia-siakan ilmu dan petua dari Nek Puteh.Berbedak sejuk antara rahsia untuk jaga kulit muka sentiasa mulus,kurang kedut dan nampak muda selalu.Nasib sekarang Kak Megg ada produk Bedak Sejuk Puspawangi yang di perhebatkan dengan Serbuk Mutiara dan Koalin Clay. Amalan lama yang menjadi rutin penjagaan yang tak pernah ditinggalkan sejak remaja.Memang berbaloi dan terbukti.


8hb September ini, genaplah usia Kak Megg yang ke 43..Errrmmm.. Angka yang menakutkan bagi wanita bila memasuki usia 40an! Maybe dulu memang Kak Megg tak mahu bagitahu umur kerana macam satu "dosa" sebab tak mahu nampak kelihatan tua tapi sekarang tidak lagi..Bila ada yang bertanya laju je menjawap dengan bangga dan yakin..


Di usia 43 tahun ini pelbagai pengalaman kehidupan yang Kak Megg tempuhi dan hadapi.Kehidupan yang memberi kenangan suka duka, pahit manis dan turun naik semuanya dah dialami.Terlalu banyak nak dikongsikan. Miliki 4 orang cahaya mata dan keluarga yang banyak memberi sokongan dalam apa jua yang dilakukan cukup membahagiakan Kak Megg.



Terima Kasih Allah untuk 43 tahun yang diberikan.


Terima Kasih suami dan anak-anak kerana sentiasa disamping.


Terima Kasih Bonda yang bertarung nyawa melahirkan anakmu ini sehingga membesar dengan penuh kebanggaan.


Terima Kasih Arwah Bapak yang memberi segala kasih sayang dan nasihat sehingga nafas mu yang terakhir.


Yang pasti, hidup harus melangkah selagi mampu dan " bila saatnya" dipanggil, InshaAllah diri sendiri yang tahu "bekalan" yang dibawa bersama.


Syukur atas nikmat dan keberkatan yang diberikan dan usia yang dipinjamkan Ya Allah.


#43FabYears
#RatuPuspawangi
#BedakSejukSerbukMutiara



         

Wednesday, May 10, 2017

Bedak Sejuk Untuk Awet Muda

Pernah cuba tak bedak sejuk Puspawangi?

Kak Megg nak sharing kebaikkan Bedak Sejuk Puspawangi  Serbuk Mutiara ini yang mampu bantu untuk kekalkan keremajaan kulit wajah walaupun usia meningkat.

Sebenarnya dari usia remaja lagi Kak Megg biasa guna bedak sejuk ini. Almaklum la tinggal dengan nenek so semua rahsia kecantikkan nenek Kak Megg cungkil habis.

Bukan susah pun hanya rajin tak rajin je kita untuk amalkan cara untuk kekalkan keremajaan kulit dan miliki kulit putih mulus.

Berbeza tau Bedak Sejuk Puspawangi Serbuk Mutiara yang Kak Megg jual ini dari bedak sejuk biasa yang ada dipasaran.

Ofcos la kan.

Bahan-bahan premium seperti Serbuk Mutiara adalah rahsia keremajaan  untuk kekal awet muda. Rahsia Maharani Cina kini ada didalam 100ml Bedak Sejuk Puspawangi.

Best ke best.

Selain itu kandungan Serbuk Arang, Serbuk Tanah Liat Kaolin, Estrak Alovera , Essential Oil Lavender,  Essential Oil Tree Tea dan Air Suling disatukan untuk kesan yang lebih baik.

Dahsyat sungguh kan. Rugi uolls jika menolak untuk mencuba Bedak Sejuk Puspawangi

Teruja nak cuba.

Jom watsapp sahaja Kak Megg 0192858724.

Cer teka umur Kak Megg.. 

Monday, February 13, 2017

KEBAIKKAN BEDAK SEJUK GAYA PUSPAWANGI

Siapa yang TIDAK PERNAH pakai bedak sejuk?

Rugii sesangat uolls! Sebab apa Kak Megg cakap giteew?

Cer lihat tokwan  atau nenek kita dahulu.Lihat pada kecantikkan kulit wajah mereka yang mulus,bersih tanpa cela jerawat dan kulit tegang je walaupun dah berusia.Orang dulu-dulu mana ada skincare atau produk kecantikkan seperti sekarang.Mereka semua gunakan bahan-bahan semulajadi yang ada disekeliling.

Antara rutin penjagaan kulit wajah bagi anak-anak dara, kaum ibu dan nenek kita hanyalah berbedak sejuk homemade.Murah,selamat diguna pakai dan yang pasti kulit wajah polelas dan glowing.

So mengapa tidak kita guna kembali rahsia menjaga kulit wajah dengan cara tradisi begini.Tak up to date ke? atau gaya moden hipster ni yang lagi best dengan tepekkan berkilo foundation dan make up untuk kelihatan cantik.

Tahu tak banyak rahsia tersembunyi yang ada pada bedak sejuk homemade ni.Walaupun cara pembuatannya yang agak renyah dan rumit namun amat berbaloi.Rendaman berbulan beras untuk dapatkan air beras hancur yang dijadikan bedak sejuk dengan campuran wangian semulajadi daun pandan atau bunga melur.Sejuk dan nyaman je menyentuh kulit muka.Best sungguh!

Nak tahu tak kebaikkan jika uolls rajin memakai bedak sejuk homemade ni.

Kali ni Kak Megg nak cerita tentang Bedak Sejuk Puspawangi produk terbaru dari Kazen Signature.

Perbezaan ketara Bedak Sejuk Puspawangi dengan bedak sejuk homemade yang lain adalah Bedak Sejuk Puspawangi ni ada campuran khas SERBUK MUTIARA DAN SERBUK ARANG.Selain itu ada juga Estrak Alovera dan Serbuk Kaolin Clay dengan haruman Lavender! 

Ohsem sungguh bahan-bahannya dan dahsyat juga resultnya bila memakai Bedak Sejuk Puspawangi ini.





                            

                Rahsia 10 Tahun Muda Dengan Bedak Sejuk Puspawangi Serbuk Mutiara
  


Istimewa Bedak Sejuk Puspawangi adalah

1- Mengatasi Dan Mengawal Kulit Berminyak

2- Memutihkan Wajah Bak Porselin

3- Merawat dan Mengecutkan Jerawat

4- Memudarkan Bintik Hitam Diwajah

5- Merawat Ruam Dan Kegatalan Kulit

6-Melembutkan Kulit Kasar

7-Merawat Sunburn

8-Membantu Menanggalkan Sel Kulit Mati

9-Menyejukkan Kulit Wajah

10- Menyingkirkan Toksik Kulit Wajah akibat salah penggunaan produk kecantikkan.


p/s: Bestnya masa pakai bedak sejuk puspawangi ni bila bedak kering TIADA HABUK HALUS BEDAK GUGUR macam bedak sejuk old skool uang biasa tu! 


Jom BerBedak Puspawangi.Hubungi / Watsapp sahaja 0192858724 untuk pembelian dengan harga pengenalan RM49.90 (100ml)



Tuesday, December 6, 2016

Jom Angau Puspawangi Dengan Kazen Perfume

Alhamdullilah..

Setelah sekian lama menyepi disini,Kak Megg nak share sikit tentang produk terbaharu dari Kazen Perfume.Bukan la baru sangat sebab dah berada dipasaran online pada akhir October 2016.
Wangian spray yang terkini dengan haruman "Signature Kazen" yang membuatkan satu Malaya Angau Puspawangi!

Wangian diberi nama #Be Jealousy atau nama yang sering Kak Megg komersialkan di online biznes adalah "Perfume Angau Puspawangi"..Angau tersangat tau baunya..5x rindu 5x angau..hehehe

Perfume ni Kazen olah sendiri mengikut keadaan cuaca Malaysia yang panas dan lembap.Kelebihan yang ada pada Perfume Angau Puspawangi ini semakin uolls panas berpeluh badan semakin wangi!  Wow! Giteww penangan Angau Puspawangi.Spray sahaja di hot spots / titik panas dibadan uolls kesan wangian kekal hampir 12jam..seyiess tau! 

Botol Angau Puspawangi didatangkan dengan botol kaca yang eksklusif 40ml tak sama dengan botol-botol wangian yang ada dipasaran online.Mesra Solat? Ofcos kami pastikan ianya dari sumber yang halal dan suci.Tiada keraguan.InshaAllah.

Perfume Angau Puspawangi ni camana baunya? Nak bagitu la ni..Aroma Angau Puspawangi adalah gabungan dari Bunga-bungaan( floral ) dan Buah-buahan ( fruity) yang manis-manis semanis gula2 kapas, sexy dan feminine.Dicampur juga dengan aroma sesado woody dan musky. Dapat bayangan haruman bergaya mewah tapi dengan nilai Jimat untuk uolls semua. 

Yess! ianya unisex perfume.Tak salah pun abam2 sado guna haruman yang lembut2 menusuk ke jiwa anak2 dara yang manja-manja gitew😍

Hokay uolls kalau dah terkenan dan nak angau sama bila gunakan Perfume Angau Puspawangi ni boleh la risik2 kat facebook dan instagram Kak Megg. Link ada kat bawah nak watsapp pun boleh..tapi hanya watsapp NO CALLING ! 

Panjang pula entri kali ini.Harap-harap baca tau sampai akhir πŸ˜‰.Jom mewangi dan kasi Angau Puspawangi satu Malaya.


Facebook : www.facebook.com/meggismail.com








                                      







                                  






                            





   
   
    

Tuesday, October 4, 2016

Saya CucuCicit Kayan Kenyah

Rindunya nak ber sharing dengan uolls semua.Dah baca tittle tak?

Saya cucucicit Kayan Kenyah!

Uolls tahu ke bangsa Kayan  dan Kenyah ini? Sebenarnya Kak Megg pun tak berapa pasti asal usul keturunan Kak Megg ini. Apa yang pasti ayah Kak Megg dari Klang, keturunan Melayu Bugis dan bonda Kak Megg dari Sibu,Sarawak berbangsa ulu Kayan + Kenyah.So Kak Megg anak rojak campuran Malaysian Made.

Yeaahhh! pasal itu la figure dan skin Kak Megg tak nampak totally malay kan..hehehe perasaan jap. ( ada aku kesah!) Gurau je..jangan la sentap.


Nak cerita lebih-lebih tak pandai nanti merosakkan pula fakta sejarah keturunan Kayan Kenyah ini.Apa yang pasti bangsa ulu ini lawa-lawa dan putih-putih tau..cer tengok dalam google..betul tak?


Kaum Kenyah ini salah satu kaum besar orang asli ( bumiputera) yang mendiami di kawasan pendalaman daerah Baram dan Belaga di Sarawak serta di Kalimantan, Indonesia. Dan seperti yang diceritakan oleh bonda Kak Megg kami dari Kalimantan,Indonesia. Jika uolls nak tanya lebih2 tentang bangsa kenyah Kak Megg akan bendera putih..hehehhe

Begitu juga tentang bangsa Kayan. Itu pun kurang arif..jangan marah le..Kak Megg tak sempat nak interview lebih-lebih nenek tau.

Cuma yang Kak Megg dapat korek rahsia keturunan Kak Megg ini bukan dari golongan biasa-biasa, kami golongan 'orang ada-ada" taraf tinggi dari biasa dan dengar cerita dulu masa muda nenek Kak Megg kalau nak turun tak boleh jejak kaki ditanah dan akan diusung guna tandu ala-ala tuan putri..yalah orang 'ada-ada' kan..tu yang pasti..

Dan satu lagi kelebihan kami dan maybe perlu dijaga ialah "mulut" ni..huhuhu. Kami tak boleh 'menyumpah" orang atau cakap yang bukan-bukan sebab 'mulut masin" katanya.Tapi ada kebenarannya sebab dah ada banyak peristiwa yang berlaku akibat 'terlepas cakap".

Oleh itu nenek dan arwah atuk PESAN sangat-sangat utk jaga mulut ini.Jangan marah dan terlepas kata pada orang walaupun kita marah sangat pada mereka.

So berhati-hati dalam ucapan bila marah dan sentiasa beringat! terutamanya Kak Megg instint pun kuat sangat tau! Bahaya tul..tak mau cakap lebih-lebih nanti kena marah dengan bonda dan nenek.

Okay la Kak Megg nak share photo dengan nenek masa datang holiday kat rumah bonda di Melaka masa cuti raya AidilAdha aritu. Nanti cer lihat raut wajah kami terutamanya wajah nenek dan bonda.Wajah Kak Megg dah tak asli Kayan Kenyah sebab mix dengan Melayu Bugis..anak pulak campur Jawa sebab hubby Kak Megg keturunan Melayu + Jawa..ambik kau! the rojak of Megg's family.






                           
                                                     
           Nenek kesayangan Kak Megg





Bersama anak dan sepupu ( Bangsa Kayan+Kenyah+Iban )






        4 generasi " Cucu Cicit Kayan Kenyah "














Love myFamily, myRoots..Sampai Syurga



Wednesday, January 27, 2016

3 sepupu yg awesome...!

[ imbas kejayaan 2015..]


Alhamdullilah....Kaz3n lagi..


Sapa sangkakan dari minat bole terus membina jenama produk sendiri..minat yg mendalam pada wangian menyatukan kami Kaz3n..
Mengapa solid perfume? Bukan perfume yg biasa..perfume semburan atau perfume roll on! 
Ya kami memang berbeza...wlp di pasaran utk solidperfume tiada ataupun kalu ada pun  hanya dr jenama antarabangsa...kami ingin mencipta kelainan dan kami ingin orang ramai INGAT SOLID PERFUME INGAT KAZ3N! hebat kan...πŸ˜‰


Persaingan? 


Kami tak melihat itu salah halangan apa yg kami ingin kongsikan kemudahan dlm mengunakan solid perfume...kaz3n solidperfume poket perfume yg murah,jimat,kekal wangi dan pasti ianya suci tuk dibawa Solat!
Tiada yg lebih mengembirakan kami bila artikel ni sedikit sebanyak membantu menaikkan jualan dan sbg pengenalan pd branding Kaz3n di mata masyarakat Malaysia.


Doakan tuk kejayaan kami. Inshaallah banyak perancangan tuk membina jenama Kaz3n..! Harapan kami tuk membina set kecantikkan / skincare pula. Semua produk nak balun dibuat.Harap-harap dapatla fokus.

Jangan ditanya mengapa Kak Megg senyum lebar gitu..hehehe..ya lah dah kena sound dengan abang kameraman suruh senyum nampak gigi..dia tak tahu gigi kak Megg ini semancung hidung tau! Ofcos la tak mau senyum nampak gigi.Last2 terpaksa la ambik gambar senyum dan terhasillah photo yang sememangnya pelik bagi pandangan mata Kak Megg.

Anak-anak dan hubby tanya napa pelik benar muka?Jangan banyak cakap kang kena "sekeh" baru tau!
















πŸ’‹ fabMegg


Wednesday, November 4, 2015

kaz3n Solid Perfume wangian poket serendah RM20

Alhamdullilah...

Yeahh keluar lagi artikel di Kosmo paper. Wangian berbentuk cream tanpa alkohol sepenuhnya milik bumiputra. Kaz3n cuba membantu anda yang inginkan kelainan dalam berwangian.

Bersaiz poket,mudah digunakan tanpa kerisauan dan yg penting nya Suci dibawa Solat!
Pengemar2 wangian bole la memiliki dan menjadikan kaz3n solid perfume sebahagian drp koleksi haruman..5 wangian yg dikeluarkan sentiasa mendapat perhatian dan tempat dihati pengemar wangian.best dan wangi je solid perfume.


Impian kami agar kaz3n solid perfume sentiasa mewangi bersama anda. tak salah untuk mencuba sesuatu yang baru kan?

agak-agak lepas keluar artikel ini Kaz3n Solid Perfume ini boom tak kat pasaran Malaysia. Kejayaan kami ini semuanya bergantung pada sokongan anda terhadap produk bumiputra dan local.
Siapa kata perfume homemade ini  tak boleh pergi jauh? Tunggu dan lihat ya.


Doakan Kak Megg dan kazen kami ya..I lebiu la..muuah ciked






IG @kazen_officialhq

Watsapp 0192858724