Tuesday, December 6, 2016

Jom Angau Puspawangi Dengan Kazen Perfume

Alhamdullilah

Setelah sekian lama menyepi disini,Kak Megg nak share sikit tentang produk terbaharu dari Kazen Perfume.Bukan la baru sangat sebab dah berada dipasaran online pada akhir October 2016.
Wangian spray yang terkini dengan haruman "Signature Kazen" yang membuatkan satu Malaya Angau Puspawangi!

Wangian diberi nama #Be Jealousy atau nama yang sering Kak Megg komersialkan di online biznes adalah "Perfume Angau Puspawangi"..Angau tersangat tau baunya..5x rindu 5x angau..hehehe

Perfume ni Kazen olah sendiri mengikut keadaan cuaca Malaysia yang panas dan lembap.Kelebihan yang ada pada Perfume Angau Puspawangi ini semakin uolls panas berpeluh badan semakin wangi!  Wow! Giteww penangan Angau Puspawangi.Spray sahaja di hot spots / titik panas dibadan uolls kesan wangian kekal hampir 12jam..seyiess tau! 

Botol Angau Puspawangi didatangkan dengan botol kaca yang eksklusif 40ml tak sama dengan botol-botol wangian yang ada dipasaran online.Mesra Solat? Ofcos kami pastikan ianya dari sumber yang halal dan suci.Tiada keraguan.InshaAllah.

Perfume Angau Puspawangi ni camana baunya? Nak bagitu la ni..Aroma Angau Puspawangi adalah gabungan dari Bunga-bungaan( floral ) dan Buah-buahan ( fruity) yang manis-manis semanis gula2 kapas, sexy dan feminine.Dicampur juga dengan aroma sesado woody dan musky. Dapat bayangan haruman bergaya mewah tapi dengan nilai Jimat untuk uolls semua. 

Yess! ianya unisex perfume.Tak salah pun abam2 sado guna haruman yang lembut2 menusuk ke jiwa anak2 dara yang manja-manja gitew😍

Hokay uolls kalau dah terkenan dan nak angau sama bila gunakan Perfume Angau Puspawangi ni boleh la risik2 kat facebook dan instagram Kak Megg. Link ada kat bawah nak watsapp pun boleh..tapi hanya watsapp NO CALLING ! 

Panjang pula entri kali ini.Harap-harap baca tau sampai akhir 😉.Jom mewangi dan kasi Angau Puspawangi satu Malaya.


Facebook : www.facebook.com/meggismail.com

Instagram :@mega_ratu_puspawangi

📲 Watsapp ONLY +06 019 2858724





                                      







                                  






                            





   
   
    

Tuesday, October 4, 2016

Saya CucuCicit Kayan Kenyah

Rindunya nak ber sharing dengan uolls semua.Dah baca tittle tak?

Saya cucucicit Kayan Kenyah!

Uolls tahu ke bangsa Kayan  dan Kenyah ini? Sebenarnya Kak Megg pun tak berapa pasti asal usul keturunan Kak Megg ini. Apa yang pasti ayah Kak Megg dari Klang, keturunan Melayu Bugis dan bonda Kak Megg dari Sibu,Sarawak berbangsa ulu Kayan + Kenyah.So Kak Megg anak rojak campuran Malaysian Made.

Yeaahhh! pasal itu la figure dan skin Kak Megg tak nampak totally malay kan..hehehe perasaan jap. ( ada aku kesah!) Gurau je..jangan la sentap.


Nak cerita lebih-lebih tak pandai nanti merosakkan pula fakta sejarah keturunan Kayan Kenyah ini.Apa yang pasti bangsa ulu ini lawa-lawa dan putih-putih tau..cer tengok dalam google..betul tak?


Kaum Kenyah ini salah satu kaum besar orang asli ( bumiputera) yang mendiami di kawasan pendalaman daerah Baram dan Belaga di Sarawak serta di Kalimantan, Indonesia. Dan seperti yang diceritakan oleh bonda Kak Megg kami dari Kalimantan,Indonesia. Jika uolls nak tanya lebih2 tentang bangsa kenyah Kak Megg akan bendera putih..hehehhe

Begitu juga tentang bangsa Kayan. Itu pun kurang arif..jangan marah le..Kak Megg tak sempat nak interview lebih-lebih nenek tau.

Cuma yang Kak Megg dapat korek rahsia keturunan Kak Megg ini bukan dari golongan biasa-biasa, kami golongan 'orang ada-ada" taraf tinggi dari biasa dan dengar cerita dulu masa muda nenek Kak Megg kalau nak turun tak boleh jejak kaki ditanah dan akan diusung guna tandu ala-ala tuan putri..yalah orang 'ada-ada' kan..tu yang pasti..

Dan satu lagi kelebihan kami dan maybe perlu dijaga ialah "mulut" ni..huhuhu. Kami tak boleh 'menyumpah" orang atau cakap yang bukan-bukan sebab 'mulut masin" katanya.Tapi ada kebenarannya sebab dah ada banyak peristiwa yang berlaku akibat 'terlepas cakap".

Oleh itu nenek dan arwah atuk PESAN sangat-sangat utk jaga mulut ini.Jangan marah dan terlepas kata pada orang walaupun kita marah sangat pada mereka.

So berhati-hati dalam ucapan bila marah dan sentiasa beringat! terutamanya Kak Megg instint pun kuat sangat tau! Bahaya tul..tak mau cakap lebih-lebih nanti kena marah dengan bonda dan nenek.

Okay la Kak Megg nak share photo dengan nenek masa datang holiday kat rumah bonda di Melaka masa cuti raya AidilAdha aritu. Nanti cer lihat raut wajah kami terutamanya wajah nenek dan bonda.Wajah Kak Megg dah tak asli Kayan Kenyah sebab mix dengan Melayu Bugis..anak pulak campur Jawa sebab hubby Kak Megg keturunan Melayu + Jawa..ambik kau! the rojak of Megg's family.






                           
                                                     
           Nenek kesayangan Kak Megg





Bersama anak dan sepupu ( Bangsa Kayan+Kenyah+Iban )






        4 generasi " Cucu Cicit Kayan Kenyah "














Love myFamily, myRoots..Sampai Syurga



Friday, July 15, 2016

Jom Roll On dengan Kazen Perfume

Kami pencinta wangian..
Kami obses pada wangian..


Hari ini nak cerita tentang prfume terbaru dari Kaz3n Perfume.Yess! selepas solid perfume kami tak leh nak duduk diam lagi.Minat pada wangian membuatkan kami nak keluarkan perfume yang lain pila..dan kini versi Roll On..

Mengapa Roll On bukan spray perfume yang tengah trending sekarang..ya lah ramai retis pun dah keluarkan perfume spray inspired.Dah berlambak dipasaran. Roll On dah tak "in" kot sekarang!
Entah kami tak ada jawapan sekarang! Tapi apa yang pasti kami tetap nak keluarkan perfume berbentuk roll on ini.


Roll on perfume Kaz3n ini bukan seperti yang biasa dipasarn.Uolls tahukan camna market roll on.
Kami 'terjumpa" botol berberbentuk tube yang ohseemmm ni.Cantik bak lor dann rare sebab tube ni ada 2 botol roll on dalam 1 tube.


2 haruman dalam 1 tube..so uolls boleh la bawa 2 wangian sekaligus.Best ke best? Kan dah cakap Kaz3n memang lain dari yang lain.Ofcos kami berbeza.

Tapi stay tune tau! kami tetap akan keluarkan perfume spray tidak lama lagi.Dah dalam kepala ini.Cuma sekarang tengah cari  bauan yang lain dari yang lain bukan inspired perfume lagi untuk spray perfume akan datang.

So buat masa ni kita layan je dulu perfume roll on 2Scentz by Kaz3n. 
Wangian 2Scentz mempunyai kelebihan dimana kami menyediakan 2 wangian didalam 1tube! 
Seronak kan boleh bawa perfume 2 wangian kemana-mana dengan lebih mudah dan stylo..sebab 2Scentz ni didalam tube yang comel sangat..lagi-lagi ada pouch KZ yang limited dari Kazen Perfume.Masih lagi berinspirasi dari wangian popular antarabangsa untuk 2Scentz


Jom berwangian bersama Kazen Perfume.." Golek-golek sikit pun wangi.."

Ingat tau.. Nak wangi-wangi cari Kaz3n je 😆



        

                             Comelkan 2Scentz Perfume ni..dah cakap dah..





       
 
   




Friday, May 20, 2016

Pencuci Intim Wanita Laku Kerassss!

LAKU KERASSSSS...!

Benar ke?

Memang pun sebab apa uolls? Sebabnya ramai kakak2 dan adik2 manis menggunakan sabun pencuci SirehVdarra ini mengakui keberkesannya dan kebaikkannya.


🌿Sabun Sireh VDarra (SVD)🌿 kini bukan lagi rahsia! Pencuci intim wanita yang berasasakan dari 100% bahan semulajadi dan BEBAS KIMIA DAN PENGAWET pilihan wanita moden kini.Tahu dan pernah dengarkan cara-cara tradisional nenek-nenek kita  menjaga Vdarra dengan merebus daun sireh, biji manjakani, sedikit garam kasar untuk mematikan kuman, rawatan faraj dari keputihan, lendiran dan bau yang busuk akibat perpeluhan di kelangkang atau pelipat.

Cuci dan rebus bahan-bahan itu dan buat cucian setiap hari dan bagus sekali digunakan semasa dalam haid dan berpantang bersalin.Air rebusan manjakani juga mampu membantu mengetatkan kembali otot-otot faraj dan merawat luka jahitan dari jangkitan dan cepat kering.

Mampu tak nak buat  cara-cara merebus seperti itu?  atau kalau ada jalan mudah untuk dapatkan khasiat dan kebaikkan guna daun sireh dan manjakani pasti uolls sukakan.So sekarang Kak Megg nak share la sabun SirehVdarra yang sama fungsi dan kesannya. Rahsia suami "mengaum" setiap malam. Hehehehehee

Ayuh! Cantik dan jaga Mahkota itu sebaiknya; 

🌹Biarkan bungamu mewangi selamanya
🌹Biarkan bau yang kurang enak itu berlalu pergi
🌹Biarkan keputihan yang mengganggumu itu hilang tanpa dijejaki
🌹Biarkan ia rapat seperti gadis sunti
🌹Biarkan dirimu menjadi seorang wanita dambaan suami

Pelaburan yang berbaloi untuk pikat suami dan jaga bunga sebelum lebam dan layu.Wah! penting tu mahkota yang dianugerahkan Allah untuk wanita.Jaga sebaik2 nya.Untuk gadis manis jangan ingat tak perlu nak jaga Vdarra tu, sepatutnya penjagaan dari sekarang terutamanya yang ada masalah Vdarra "keputihan berbau" !


Dapatkan dgn harga RM29.90 (tidak termasuk caj pengeposan).Beli 3 buku sabun lagi jimat.Meh pakat2 kongsi dengan kekawan uolls.

Hubungi segera bagi yang ingin mencuba SirehVdarra 👉 0192858724 atau boleh follow Kak Megg di FB ; Megawati Ismail..


















Monday, February 1, 2016

Kazen Beaute - Cermin kecantikkan anda

Bismillah....


Alhamdullilah...akhirnya impian tuk memiliki rangkaian set kecantikkan dr kaz3n tercapai.terlalu banyak dugaan dlm membina set skincare kazen beaute..bermula dgn mencari set yg menjadi pilihan pengguna..ya la kehendak pengguna diutamakan..tumpuan kazen pada yg mempunyai masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam.

Kak Megg sendiri dah meniti usia 40an...masalah utama Kak Megg adalah JERAGAT!!! 


Oh TIDAK!!!! sakit hati..sakit mata bila berdepan dgn cermin..dok belek2 muka dan berkata/ " bilalah peta kat muka ni nak hilang!" 
Sedih sangat...perasaan down tu memang terasa terutamanya bila nak keluar umah dok bersiap2 dan bermake up..terpaksala menebalkan part2 jeragat tu..! 

Sedihkan..! 😢😢😢 

Orang kata jeragat ni keturunan dan sbb kita tak ambik berat pasal penampilan terutamanya penjagaan kulit muka...! Huhuhu betul ke?

Bermula dr itu la Kak Megg sibuk la mencuba pelbagai jenama skincare yg mampu mengurangkan kesan peta2 hitam dimuka..berhabis gak la...ya la produk local / tempatan ni MAHAL gak tuk set jeragat!

Kazen  yg berdua pula hadapi kulit tak sekata dan bekas2 jerawat yg susah betul nak hilang. Masalah kami sama,  dan Kak Megg percaya masalah uolls juga sama spt kami...betul tak?

Alhamdullilah..kami dah cuba set skincare ni...nyata ia dpt membantu masalah kami..

In sha Allah ia juga dpt membantu masalah uolls juga...kesan jeragat,jerawat dan kulit kusam lama bertepek kat muka jgn la mengharapkan MIRACLE okay! 

Magic yg ia mampu hilangkan kesan2 ni dlm masa singkat! Oh tidak! Tu semua berkesan kalu ada bahan2 terlarang dlm skincare...sbb tu ia mampu memberi impak drastik tuk kulit muka anda...kesan jangka panjang...bahaya lalaink!!!! Bair lama sikit..asal berkesan & selamat..


Just nak bgthu je...set skincare kaz3n beaute kami namakan " NO MORE SECRET by Kaz3n Beaute".. Tiada lagi rahsia...Rahsia kami..Rahsia CucuCicitNekPuteh dikongsi bersama...yess!!!!

➡ Set skincare 4in1 " No More Secret by Kaz3n Beaute"
MURAH,JIMAT & BERKESAN

➡1 set mengandungi :-

DAYCREAM 10gm
NITECREAM 10gm
SNOW MILKY SOAP 30gm
PINKISH GLOW SERUM 5ml

Kebaikkan set skincare " No More Secret by Kaz3n Beaute"

✔Pencerahan TANPA pengelupasan
✔Menghilangkan JERAGAT dan JERAWAT
✔Mengatasi kulit kusam
✔Dapat membantu menghilangkan parut jerawat
✔Dapat mengurangkan garis2 halus / kedutan diwajah
✔Dapat membantu mengatasi kulit berminya terutamanya T Zone
✔Kulit wajah lebih sekata / tona kulit
✔Miliki kulit wajah yg licin dan gebu
✔Kulit wajah akan menjadi Pinkish, Glowing & Flawless


Best ke best?


Jika anda terasa nak getaran tuk mencuba meh lekas2 watsapp megg dan follow IG : @kazen_officialhq


Watsapp JIKA ANDA CANTIK 0192858724












Wednesday, January 27, 2016

3 sepupu yg awesome...!

[ imbas kejayaan 2015..]


Alhamdullilah....Kaz3n lagi..


Sapa sangkakan dari minat bole terus membina jenama produk sendiri..minat yg mendalam pada wangian menyatukan kami Kaz3n..
Mengapa solid perfume? Bukan perfume yg biasa..perfume semburan atau perfume roll on! 
Ya kami memang berbeza...wlp di pasaran utk solidperfume tiada ataupun kalu ada pun  hanya dr jenama antarabangsa...kami ingin mencipta kelainan dan kami ingin orang ramai INGAT SOLID PERFUME INGAT KAZ3N! hebat kan...😉


Persaingan? 


Kami tak melihat itu salah halangan apa yg kami ingin kongsikan kemudahan dlm mengunakan solid perfume...kaz3n solidperfume poket perfume yg murah,jimat,kekal wangi dan pasti ianya suci tuk dibawa Solat!
Tiada yg lebih mengembirakan kami bila artikel ni sedikit sebanyak membantu menaikkan jualan dan sbg pengenalan pd branding Kaz3n di mata masyarakat Malaysia.


Doakan tuk kejayaan kami. Inshaallah banyak perancangan tuk membina jenama Kaz3n..! Harapan kami tuk membina set kecantikkan / skincare pula. Semua produk nak balun dibuat.Harap-harap dapatla fokus.

Jangan ditanya mengapa Kak Megg senyum lebar gitu..hehehe..ya lah dah kena sound dengan abang kameraman suruh senyum nampak gigi..dia tak tahu gigi kak Megg ini semancung hidung tau! Ofcos la tak mau senyum nampak gigi.Last2 terpaksa la ambik gambar senyum dan terhasillah photo yang sememangnya pelik bagi pandangan mata Kak Megg.

Anak-anak dan hubby tanya napa pelik benar muka?Jangan banyak cakap kang kena "sekeh" baru tau!
















💋 fabMegg